PERKHIDMATAN DITUTUP
 photo popo1_zpsed098b34.jpg
PERKHIDMATAN PEMBUATAN GOOGLE ADSENSE UNTUK MASA INI DITUTUP ATAS SEBAB MASALAH2 TERTENTU

ALTERNATIF LAIN SELAIN GOOGLE ADSENSE

Saturday 8 March 2014
Program  lain sebagai alternatif pengganti Google Adsense:
1.  Adbrite.com “   Adbrite mempunyai kaedah yang lebih simple daripada google adsense. Secara umum pembagian hasil adalah 75/25. Sementara google adsense, pengiraan peratusan cukup rumit dan hanya google sendiri yang mengetahuinya.


2.  Clicksor.com “ sebuah program adsense yang mempunyai skala lebih kecil dibanding Google Adsense, tetapi memilki nilai per klik (Cost Per Click “ CPC) yang cukup tinggi sehingga anda berpeluang mendapatkan hasil yang lebih tinggi. Pembayaran dilakukan melalui  PayPal atau Check.
3.  Kontera.com “ Program advertising yang sangat bagus untuk Anda gunakan.

4.  Infolinks.com “ Program advertising yang dikenal sebagai  next generation dari  In-Text Advertising (iklan berbasis teks), dimana iklan akan dipaparkan dengan menggunakan teks dari kandungan blog atau website anda. Infolinks tidak akan menambah atau mengubah kandungan blog  anda, tetapi mengambil perkataan atau ungkapan dari kandungan blog anda sebagai anchor text untuk memaparkan link dari website lain.

5.  Chitika.com “ Program ini sangat dikenali dalam dunia internet. Dalam satu bulan anda boleh dapat lebih kurang 3juta impression. Ada satu kelebihan chitika dibandingkan dengan  google adsense, dimana logo dari google adsense akan terpapar dengan jelas. Tetapi chitika tidak menampilkan logo atau linknya, sehingga iklan Anda lebih bergabung dengan kandungan website. Kelihatannya tidak seperti sebuah iklan.
6.  Bidvertiser.com “ Secara pribadi saya menggunakan iklan bidvertiser disamping google adsense. Secara umum, bidvertiser mendakwa akan selalu memaparkan iklan dengan tawaran tertinggi di website anda dengan tujuan agar pendapatan anda juga tinggi.

7.  Valueclickmedia.com “ Alternatif yang bagus,juga sebagai pengganti Google Adsense. Menyediakan tools yang sama dengan  google dapat membantu anda untuk  mencapai hasil yang maksimum.

8.  Text-Link-Ads.com “ Program advertising berasakan link yang sama dengan infolinks.com. Anda akan dibayar setiap setiap bulan melalui  PayPal, Check atau Mastercard.

9.  Tribalfusion.com “ Program yang simple dan mudah untuk digunakan.

10.  Eclickz.com “ Progam advertising yang terkenal untuk Pay-Per-Click.
11.Nufnang advertising  Kiranya Nuffnang ni boleh menjana pendapatan la.Banyak bloger terutamanya student join ni.

12. Advertlerts  Dengan meletakkan kod khas dari advertlets.com, pada laman atau blog, secara automatik blog atau laman bekerja sebagai enjin pengiklanan. Lebih ramai pengunjung melaluinya (iklan) lebih banyak pendapatan masuk.  

13. Adsensecamp  link iklan teks dengan system bayar per klik. Anda akan mendapatkan earning  apabila ada pengunjung  yang mengklik  iklan tersebut.

14. Madadsmedia  Advertising Network khas untuk para Publisher  yang mempunyai site/blog yang berpontensi untuk buat duit. Dorang bayar semua setiap impression yang dibuat di blog/site korang dengan kadar 100% CPM rate sold.
14.  H12 Media Advertising  sebagai alternate ads, tapi first day result cukup memberangsangkan. Jadi, pada sapa2 yang tak lepas apply adsense atau bosan  dengan Nuffnang atau Advertlerts... jomlah cuba benda baru ni. Lagi best payment boleh melalui paypal, dan payment boleh dapat dalam masa 24 jam, tak yah tunggu dua-tiga hari.

15. Affiliate program amazon Affiliate adalah broker atau pengedar / agent yang membantu menjual produk di amazon.com. Pasang iklan affiliate kat blog/website Jika berlaku jualan melalui blog kita, maka amazon.com akan memberi komisyen kepada kita.

Inilah 15 program advertising terbaik yang boleh anda gunakan sebagai alternatif pengganti Google Adsense. Tetapi saya cadangkan, kalau boleh anda harus memohon account google adsense.Google adsense adalah pilihan yang terbaik buat saya. Secara umum program-program ini memiliki banyak persamaan dengan Google Adsense.Sekian…

LAGI MASALAH IKLAN GOOGLE ADSENSE TIDAK MUNCUL


1.Pastikan akaun google adsense Anda telah aktif. Sila cek email dan akaun google adsense anda kot…kot..google disable atau masih dalam proses review atau masih dalam proses approve.

2.Fahami dulu akaun adsense hosted. Jika anda menggnakan hosted akaun adsense, iklan hanya boleh muncul di blog/website yang berdomain blogspot, dan tidak akan muncul di blog yang berdomain dan hosting sendiri seperti dot com, dot net, dot org. Kalau nak pasang kat website berbayar kenalah mohon full account google adsense.

3.Jika anda belum menerima dan memasukkan nombor PIN, pengesahan nombor pin dilakukan setelah pendapatan anda mencapai $10 dan anda harus memasukan pin tersebut dalam tempoh 6 bulan. Iklan tidak akan muncul lagi setelah tempoh tersebut telah tamat. Verified pin adalah penting untuk pengesahan alamat tempat anda tinggal,selepas itu akaun ads anda akan lebih selamat. Jika Anda masih kurang faham tentang PIN sila klik disini

4.Iklan di pasang pada blog yang melanggar TOS .Contohnya iklan dipasang di blog yang mengandungi kandungan-kandungan yang dilarang seperti software yang tidak berlesen,d*w*s* dan sebagainya

5.Mungkin iklan berada pada bingkai template/berlapis/bertindih, iklan di dalam bingkai template adalah iklan yang di tempatkan pada kod tag div yang berlebihan. Cara ini akan menghalang iklan ads anda daripada terpapar. Oleh itu letak  kod iklan pada tempat yang bersesuaian.

6.Masalah browser, bersihkan semua data penjelajahan browser anda (history,cookie,cache).

7. Apakah anda mempunyai terlalu banyak unit iklan di laman web?
Jumlah iklan yang dibenarkan pada laman web:
Maksimum tiga unit iklan
Maksimum tiga unit pautan
Maksimum dua kotak carian
Jika anda meletakkan iklan lebih dari jumlah yang dibenarkan pada laman web, iklan hanya akan dipaparkan dalam jumlah unit iklan yang dibenarkan sahaja.
 Anda juga dinasihati tidak memasang terlalu banyak iklan lain daripada google ads.
8. “This is a test” Ini adalah iklan baru yang masih dalam percubaan.Iklan kadang lambat keluar kerana google akan  review blog.
 Harap dengan penjelasan diatas dapat membantu anda.sekian…

KENAPA IKLAN GOOGLE ADSENSE TIDAK MUNCUL

Friday 7 March 2014
Pada mulanya saya panik kerana iklan google ads tidak muncul-muncul. Dalam fikiran saya mungkin iklan google ads akan lambat keluar kerana di review oleh google. Tapi kecewa iklan masih juga belum terpapar. 

Awal pagi saya dah cek email, banyak kali juga lah buka dalam satu hari tu, takut kalau google disapprove akaun saya. Tapi alhamdulillah, satu email dari adsense pun tak masuk, tapi kenapa iklan google ads menghilang? Saya jadi keliru apa yang perlu saya lakukan?, 

Saya cuba cek semula ke laman Google Adsense dan cuba memperbaharui embed kod dari Google Adsense, sampai buat lagi Ad-Unit baru beserta Custom channel. Tapi tetap mengecewakan,  iklan  Google Adsense masih tidak dipaparkan.

Saya cuba cari solution  kat internet  tapi tak jumpa. Esoknya, iklan adsense masih juga  tidak muncul. Rasa nak putus asa pun ada juga, tapi berkat kesabaran dan semangat  tidak mudah menyerah saya pun cuba-cuba mengedit  semula setting  Google Adsense beserta kod-kodnya.

Dan ALHAMDULILLAH, penyelesaian akhirnya ditemui. Apakah anda  blogger semua pernah mengalami masalah seperti ini?

Sebelum menjawab O..O..O…Ok,  baca dulu selanjutnya. Ternyata masalah berpunca pada kod google adsense. Perlu anda  tahu, bahawa baru-baru  ini laman bloger mengalami banyak perubahan pada database ,menu-menu  arahan  system di dashboard dan engine system. Hal ini perlu anda ambil perhatian kerana banyak sitting blogger telah diubah.

Masalah ini terletak pada  Embed Code dari Google Adsense, Google Adsense sendiri mempunyai 2 jenis kod  iaitu : Synchronous dan Asynchronous (Beta).

Membincangkan masalah  iklan di google adsense tidak muncul (pada pendapat saya) masalahannya ada pada Type Code Google adsense yang tidak relevan dengan blogger. Kerana telah saya bahaskan tadi, bahawa  laman blogger  sudah diubah pada Dashboard. Jadi secara keseluruhan inilah yang jadi penyebab utama masalah iklan tidak dapat dipaparkan.

Masalah ini selalunya terjadi kepad bloger yang  menggunakan Custom Template/blogspot. Bagaimana cara mengatasinya?

  • Pertama  perhatikan, jenis kod  google adsense apa yang anda  pakai? Adakah Synchronous atau Asynchrounous?. Jika menggunakan Asynchrounous, saya cadangkan  anda  untuk menggunakan Widget HTML pada blogger, jangan terus  di save  pada Edit HTML.
  • Kedua, menggunakan jenis kod google adsense Synchronous 
  • Perhatikan kod google adsense, jangan  dipasang dulu  pada blog!
    Kerana  disinilah masalahnya.
Cara penyelesaiannya: kepada bloger yang menggunakan Custom Template.Langkah berikutnya, cuba anda  edit semula kod  google adsense seperti di bawah ini :

<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "ca-pub-1608446589840280";                              
/* ILHAMFILES 728x15 LINK */                                                                                                   google_ad_slot = "2708487706";
google_ad_width = 728;
google_ad_height = 15;
//-->
</script>
<script type="text/javascript"
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script>

Keterangan:
Kod  yang berwarna  MERAH, menunjukkan  data google adsense anda.
(Awas jangan sembarang  edit)
Ubah kod yg berwarna merah tadi sama dengan data dari google adsense anda:
ca-pub-1608446589840280 =  nama publisher id/ nama id google adsense anda
ILHAMFILES 728x15 LINK = nama Ad unit iklan google adsense anda
2708487706 = untuk ID ad unit iklan anda di google adsense
728 dan 15 = adalah ukuran banner iklan google adsense, samakan dengan summary di google adsense anda!

Setelah anda ubah  kod ads menjadi seperti ini :

<script src='//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js' type='text/javascript'>
</script>
<!-- 
ILHAMFILES 728x15 LINK -->
<ins class='adsbygoogle' data-ad-client='ca-pub-1608446589840280'data-ad-slot='2708487706
style='display:inline-block;width:728px;height:15px'/>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ });
</script>

Kod yang berwarna BIRU adalah kod yang telah anda ubah.
Langkah terakhir, copy  and save kod tersebut  dan terpulang pada anda nak letak kat mana .
Entah itu di Widget HTML atau Edit HTML!

Note: Tunggu  beberapa minit sampai  Iklan dari Google Adsense dipaparkan  di blog anda

Sekian dari saya harap tutorial ini dapat menyelesaikan masalah iklan google adsense anda yang tidak dapat dipaparkan di blog.

ADUAN INVALID CLIK / FRAUD CLICK

Saturday 1 March 2014
Saya pernah hantar surat aduan kepada google,untuk memberitahu tentang masalah invalid klik. Ada orang yang tidak puas hati dengan blog anda,cemburu anda  dapat iklan google. Mereka akan klik iklan anda banyak kali sampai boleh mencapai  99 klik dalam satu hari sedangkan pengunjung blog hanya ada 30 orang tak logik kan.Bila masalah ini berlaku cepat-cepatlah hantar surat cinta kepada google kalau boleh kesan IP address orang yang banyak kali masuk ke blog anda hantar Ip addres tu nanti pihak google yang akan ambil tindakan seterusnya.

Tetapi  pernahkah anda mendapat email dari google seperti surat di bawah ini. Dimana google meminta anda untuk menjawab survey, memberi pandangan anda tentang iklan mereka.

Improving users’ advertising experiences with in-ad surveys
Last year, we placed a small [X] mute control button in the top right hand corner of most of our Display ads which gives users the ability to control ads they no longer wish to see. To date, users have muted millions of ads and we have used these signals to make ads more relevant and useful.

Over the next few weeks, we’ll be expanding the ways users can give us feedback about ads by introducing a series of short surveys in English-speaking countries which will appear after an ad is muted.
 

Here’s one example:
These surveys will help us understand why users mute ads, serve better ads to users, spot publishers and advertisers in violation of Google’s policies, and help improve ad and placement quality for the broader advertising ecosystem.
Investing in ad controls with tools like Ads Settings and Mute This Ad enables us to deliver better experiences for users and better results for advertisers and publishers.

Mesti anda tertungu-tunggu kenapa google tak ambil tindakan, tak ada respon, anda silap.Kalau nak tahu survey yang dihantar oleh google ke email anda adalah bertujuan untuk mendapat respon dari anda dan untuk mendapatkan pengesahan bahawa anda tidak melakukan klik tersebut.Pasti bila anda tengok survey ni macam tak penting dan mengabaikan mesej tersebut.Lepas tu..dalam masa satu minggu tup…tup…cek akaun google adsense anda di disable.Anda dinasihatkan untuk memberi respon secepat mungkin kepada pihak google dan pastikan anda pasang kunci keselamatan untuk blog dan iklan ads anda.
Hal ini pernah terjadi kepada saya..dapat email suruh jawab survey saya abaikan..ye..la saya hantar surat aduan, google pula bagi surat jawab survey tentang iklan dan produk mereka kan pelik.Last-last baru saya faham..nak buat macam mana dah kena banned baru sedar.Tapi saya tidak putus  asa cuba-dan cuba lagi akhirnya saya Berjaya juga.

VERIFY PIN MENGGUNAKAN KAD PENGENALAN

Apa itu  verify address  nombor PIN?

Verify nombor PIN adalah surat  pos yang dikirim oleh google yang mengandungi  nombor PIN dimana nombor PIN tersebut dimasukan kedalam  data akaun Google Adsense , isi kandungan surat tersebuat adalah untuk megesahkan alamat rumah kita adalah benar. Pihak  Google Adsense sangat  teliti  dalam  merekodkan  para publisher  mereka, jangan sampai wang  payment  dihantar  kepada alamat yang salah.

Bentuk surat pos yang dikirim melalui pos ini berwarna putih dengan ukuran 4,5 x 6 inci (11,4 x 15,2 cm). Tempoh masa  yang diberikan untuk memasukkan PIN tersebut ke akaun google adsense adalah  selama 6 bulan dari tempoh  PIN pertama dibuat. Jika Anda tidak segera memasukkan PIN tersebut  setelah 4 bulan, Google Adsense akan mebatalkan  iklan di blog Anda.

                                        Contoh ukuran  surat  pin yang dikirim oleh google

                                        contoh lembaran surat verify pin google

Biasanya surat pengesahan  PIN ini akan dikirimkan oleh pihak google  setelah earning  kita mencapai USD $10. Kerana sebelum akaun kita masih belum disahkan  dengan  memasukkan nombor PIN yang dikirim oleh google. Jika belum verify maka pembayaran akan terus ditangguhkan sampai had waktu tertentu.

Masalah pengiriman verified pin:


Dah masuk 3 bulan surat tak sampai-sampai, mungkin ini disebabkan  surat tidak sampai ke alamat tujuan. Penyelesaiannya sangat mudah dengan mengunakan kad .Dengan  mengambil  gambar  kad pengenalan berwarna/scan. Bila tangkap gambar tu biar nampak tangan kita sedikit tengah pegang kad pengenalan.
Sertakan juga dokumen yang ada berhubung dengan alamat tempat anda tinggal.Tapi jangan sertakan semua dokumen kerana nanti bila surat anda tidak sampai-sampai anda boleh guna dokumen lain untuk apply pin tu. Sila ikut langkah-langkah dibawah ini:

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan pin adalah dengan menggunakan Kad Pengenalan:

Login ke Akaun Google Adsense anda dan pergi ke link ini

Kemudian masukkan nama sama  dalam Akaun Google Adsense anda

Masukkan alamat email anda

Tulis ID Pengguna   (contohnya: pub-1234567890123xxx)

Upload gambar kad pengenalan  anda.

Klik  Submit

Selesai

Pekara selanjutnya yang akan kita lakukan adalah menunggu email  dari Google Adsense yang menyampaikan mesej bahawa akaun kita telah diverified. Jika nanti surat verified pin sampai anda tidak perlu lagi melakukan verified pin.Sekarang Anda tinggal menunggu  pembayaran sahaja.  



CARA MENGELAKKAN AKAUN GOOGLE ADSENSE DARIPADA DI BANNED/DISABLE

Email: Surat banned Akaun Google Adsense

Patuhi setiap terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Google Adsense.

Tidak dibenarkan  mengklik iklan sendiri atau  menyuruh orang lain untuk mengklik iklan. Jangan menganggap anda sudah cukup hebat dengan pergi ke cybercafé kemudian klik ikan sendiri,ye…la alamat IP kan berbeze, anda silap! Mesin Robot Google Adsense sentiasa pantau aktiviti kita. Robot ni sentiasa list setiap Ip yang masuk ke blog kita yang telah dipasang google ads. Cuba fikir orang masuk ke blog kita untuk mencari maklumat bukan untuk mengklik google ads.So…dengan senang mesin Robot tu mengecam aktiviti klik kita.Adakah orang nak buka je website terus klik iklan..pelikkan.Mesti seseorang pengunjung blog tu mengambil beberapa minit untuk baca artikel kita bukannya aktiviti mengklik.
Mempamerkan iklan adsense pada halaman website yang mengandung kandungan berhak cipta contohnya kita ambil video atau artikel orang lain (bukan hasil idea atau usaha sendiri tapi ambil hasil kerja orang-copy dan paste) kemudian kita pasang iklan ads.Kalau nak copy and paste pun pastikan anda tidak copy 100% atau anda boleh taip dari mana sumber artikel itu diambil.

Jangan pernah mempamerkan maklumat akaun adsense anda di forum, website, dll.Tindakan anda ini  adalah melanggar TOS yang telah ditetapkan oleh Google Adsense. Jika Ingin mempamerkan bukti Pendapatan, pastikan anda menyembunyikan nama dan maklumat penting .

Jangan Melakukan penipuan

Melakukan penipuan dengan cara mengubah alamat IP kemudian mengklik iklan anda sendiri ini akan membuat akaun anda dibanned . Google selalu merakam alamat IP anda ketika login/logout dan alamat IP dari seseorang yang mengklik iklan anda tersebut. Jika diketahui alamat IP tersebut adalah sama, maka bersiap-siaplah untuk mendapatkan surat cerai dari Google.

Jangan Meletakkan Iklan pada kandungan yang Mengandung Hak Cipta

Pastikan anda tidak memasang iklan adsense pada halaman website yang mengandung kandungan berhak cipta. Hati-hati ketika mengambil kandungan dari google seperti gambar, game, video, dll.Boleh jadi si pembuat kandungan website tersebut akan melaporkan kepada google
. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan menghapuskan  semua kandungan artikel yang berhak cipta.

Lindungi Id Adsense Anda

Boleh saja seseorang itu mendapatkan kod adsense anda kemudian mempamerkan  pada website yang tidak diinginkan.Contohnya meletakakan kod ads anda pada website yang mengandungi unsur ponografi atau artkel-artikel yang dilarang oleh google. Untuk memastikan iklan adsense hanya boleh dipamerkan pada blog  anda, sila login ke Akaun Google Adsense anda dan masuk ke halaman Dashboard Adsense anda  -> Adsense Setup -> Site Authentication, disini anda boleh memilih dimana anda mahu mempamerkan iklan hanya pada alamat website tertentu yang diinginkan.

Invalid clicks (paling top case)

Google boleh mengetahui mana yang invalid clicks dan mana yang cheat /fraud clicks (penipuan/palsu).

Serangan Bomb Clicks

Jika anda mempunyai akaun adsense yang sudah cukup lama, kemungkinan anda akan mendapatkan serangan bomb clicks. Sang penyerang akan mengklik iklan anda secara berulang-ulang dan apa yang terjadi?, Kemungkinan besar Google akan membanned akaun tersebut . Namun tenang saja, untuk hal ini Google boleh mengatasinya dengan tidak menghasilan earnings apapun dari tindakan bomb clicks tersebut.

Cara yang paling efektif adalah dengan selalu mengawasi pergerakan aktiviti akaun Adsense anda, apabila anda mendapati jumlah klik lebih banyak daripada pengunjung maka segeralah cabut semua iklan Google adsense yang ada di halaman website anda.Atau laporkan kepada google. Hadkan  alamat IP yang melakukan click bomb  dan kemudian block alamat IP tersebut daripada mengakses website anda.

Gunakan "Allowed Sites" di akaun Adsense agar laman web yang disenaraikan di situ sahaja yang kliknya dikira. Salah satu cara click bomber adalah pelaku menaruh kod iklan kita di laman web mereka kemudian melakukan click boming.

 Iklan dipasang dengan sistem pop-up atau floating (melayang).

Pastikan artikel anda cukup banyak dan tidak pendek sebelum memasang iklan google.Pastikan saiz iklan sesuai dengan template anda.Warna kalau boleh sama dengan warna template. 

Jangan membuka akaun Adsense dari sambungan internet umum seperti Sibercafe, hostspot(wifi) atau pejabat.Boleh guna tapi pastikan anda sentiasa  clear history, cache dan cookies. Buatlah sambungan internet khusus (boardband) untuk membuka akaun Adsense.

Jangan beritahu "musuh online" Anda tentang laman web anda yang memakai Adsense.





CARA CEPAT MENGAMBIL PAYMENT GOOGLE ADSENSE

Lebih Cepat Pakai Western Union

  • Pastikan Kaedah pembayaran yang ada di akaun adsense sudah ditetapkan menggunakan Western Union. Jika belum, masuk ke akaun adsense anda, buka menu: Tetapan akaun »Tetapan pembayaran» edit kaedah pembayaran (pilihWestern Union Quick Cash Dolar Amerika).
  • Pastikan penghasilan adsense anda sudah mencapai jumlah minimal untuk pembayaran Iaitu sebanyak  US$100/Rm300.00 malaysia.
  • Untuk mengetahui apakah kita sudah boleh menuntut pembayaran, sila lihat pada bahagian pendapatan akhir, dan pastikan kalau Google sudah mengirimkan pembayaran  ke alamat pemilik akaun dengan cara melihat detail atau butiran bukti  pembayaran.
  • Catat data-data yang ada di butiran  bukti pembayaran , Kalau boleh  print out : nama pengirim, tarikh pengiriman, MTCN (Money Transfer Control Number), jumlah minimum  wang   yang dikirim, nama dan alamat penerima.
  • Setelah memperoleh data-data tersebut , pergi ke kaunter pengambilan wang yang berlogo Western Union , biasanya terdapat di pejabat pos, bank atau mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan western union.                                                                                                                                                                      
  • Ambil borang dekat counter sila lengkapkan maklumat seperti  nama pengirim, tarikh pengiriman uang, MTCN (Money Transfer Control Number), jumlah minimal wang  yang dikirim, nama dan alamat penerima, dan lain-lain. Isi boring  tersebut jangan sampai salah.
  • Setelah borang  tersebut diisi dengan lengkap, serahkan kembali ke bahagian kaunter  dengan meyertakan  foto copy kad pengenalan  atau  dokumen-dokumen lain yang berkaitan.Setelah itu nikmatila hasil dari usaha anda..pasti tambah semangat.                                                                                                   



 

TEMPAHAN GOOGLE ADSENSE Copyright © 2014 | Powered by Blogger