PERKHIDMATAN DITUTUP
 photo popo1_zpsed098b34.jpg
PERKHIDMATAN PEMBUATAN GOOGLE ADSENSE UNTUK MASA INI DITUTUP ATAS SEBAB MASALAH2 TERTENTU

LAGI MASALAH IKLAN GOOGLE ADSENSE TIDAK MUNCUL


1.Pastikan akaun google adsense Anda telah aktif. Sila cek email dan akaun google adsense anda kot…kot..google disable atau masih dalam proses review atau masih dalam proses approve.

2.Fahami dulu akaun adsense hosted. Jika anda menggnakan hosted akaun adsense, iklan hanya boleh muncul di blog/website yang berdomain blogspot, dan tidak akan muncul di blog yang berdomain dan hosting sendiri seperti dot com, dot net, dot org. Kalau nak pasang kat website berbayar kenalah mohon full account google adsense.

3.Jika anda belum menerima dan memasukkan nombor PIN, pengesahan nombor pin dilakukan setelah pendapatan anda mencapai $10 dan anda harus memasukan pin tersebut dalam tempoh 6 bulan. Iklan tidak akan muncul lagi setelah tempoh tersebut telah tamat. Verified pin adalah penting untuk pengesahan alamat tempat anda tinggal,selepas itu akaun ads anda akan lebih selamat. Jika Anda masih kurang faham tentang PIN sila klik disini

4.Iklan di pasang pada blog yang melanggar TOS .Contohnya iklan dipasang di blog yang mengandungi kandungan-kandungan yang dilarang seperti software yang tidak berlesen,d*w*s* dan sebagainya

5.Mungkin iklan berada pada bingkai template/berlapis/bertindih, iklan di dalam bingkai template adalah iklan yang di tempatkan pada kod tag div yang berlebihan. Cara ini akan menghalang iklan ads anda daripada terpapar. Oleh itu letak  kod iklan pada tempat yang bersesuaian.

6.Masalah browser, bersihkan semua data penjelajahan browser anda (history,cookie,cache).

7. Apakah anda mempunyai terlalu banyak unit iklan di laman web?
Jumlah iklan yang dibenarkan pada laman web:
Maksimum tiga unit iklan
Maksimum tiga unit pautan
Maksimum dua kotak carian
Jika anda meletakkan iklan lebih dari jumlah yang dibenarkan pada laman web, iklan hanya akan dipaparkan dalam jumlah unit iklan yang dibenarkan sahaja.
 Anda juga dinasihati tidak memasang terlalu banyak iklan lain daripada google ads.
8. “This is a test” Ini adalah iklan baru yang masih dalam percubaan.Iklan kadang lambat keluar kerana google akan  review blog.
 Harap dengan penjelasan diatas dapat membantu anda.sekian…

0 comments:

Post a Comment

 

TEMPAHAN GOOGLE ADSENSE Copyright © 2014 | Powered by Blogger