PERKHIDMATAN DITUTUP
 photo popo1_zpsed098b34.jpg
PERKHIDMATAN PEMBUATAN GOOGLE ADSENSE UNTUK MASA INI DITUTUP ATAS SEBAB MASALAH2 TERTENTU

CARA GOOGLE ADSENSE MENGESAN INVALID CLICK

Publisher google adsense wajib Tahu:

1. IP Address

Salah satu penyebab utama akaun google adsense di batalkan, anda telah mengklik iklan sendiri, entah disengaja  ataupun tidak disengajakan.  Apabila  anda mengakses akaun adsense anda melalui IP yang berbeza. Maka IP tersebut akan ditandakan  oleh sistem robot di Google. Setiap klik yang terjadi pada iklan adsense anda akan disesuaikan  dengan semua IP address yang pernah login ke dalam email anda. Bila ada salah satu IP yang sama maka bersiaplah menerima email pemberitahuan penutupan akaun  adsense. Bila anda pernah pergi ke cybercafé anda mungkin pernah buka email, dari situ google dapat megesan IP computer yang pernah digunakan.

2. Cookies

Internet yang  menggunakan dynamic IP address ( IP yang berubah-ubah) dengan hanya mencabut modem dan pasang  kembali. Bila anda pernah berfikir untuk menggunakan cara  demikian untuk melakukan klik sendiri pada iklan adsense anda, lebih baik anda lupakan cara itu, karena Google tetap dapat mengesan  dimana  si peng klik iklan melalui Cookies browser  yang anda gunakan. Segala maklumat, system operasi  atau apa-apa  aktiviti yang anda lakukan tersimpan automatik didalam cookies tersebut dan google dapat mengesan  dengan memadankan  maklumat  tersebut dengan pemilik akaun yang asli. Jadi  jangan cuba-cuba bermain-main dengan cookies.

3. Click Through Rate (CTR)

Click Through Rate adalah peratus  klik yang terjadi  dibahagi dengan jumlah pengunjung  yang masuk ke blog  anda. Bila nilai CTR anda melebihi 15 % maka akaun adsense anda akan disenaraikan dan selanjutnya website/ blog  anda akan dikunjungi secara manual oleh pasukan adsense mereka. Bila mereka  dapat mengesan dengan pasti  website/blog  anda curang  atau melanggar TOS mereka, maka bersiap-siaplah adsense anda akan dibanned.

4. Click Behaviour

Sejak  laman web anda dapat dicari pada search engine, sejak itulah Google sudah meletakkan salah satu robot mereka (googlebot) pada laman web  di cpanel anda dengan nama robot.txt. File tersebut berfungsi untuk membantu laman web  anda agar dapat dikesan  pada mesin pencari sekaligus sebagai ‘mata-mata’ Google dalam mengesan  invalid click pada iklan adsense anda.

Terdapat 3 cara klik yang mencurigkan Google:
Seseorang mengunjungi blog  anda dengan cara mengklik  secara terus ke blog anda secara manual, kemudian mengklik iklan anda, lalu meninggalkan blog  anda begitu saja dalam waktu beberapa saat.Hal tersebut akan membuat Google mencurigai  aktiviti  tersebut. Umumnya  pengunjung sepatutnya mengambil masa untuk membaca artikel anda.
  • Seorang pengguna internet yang seringkali mengklik iklan adsense pada blog yang sama namun sangat jarang atau tidak pernah mengklik iklan adsense yang terdapat pada blog yang  lain.
  • Seorang pengunjung yang mengklik iklan melalui kumpulan blog-blog  yang dibookmark  olehnya.

5. Mesej /pesanan‘Klik Saya’

Salah satu peraturan  bertertulis yang terdapat pada Google Adsense adalah melarang untuk meninggalkan pesanan memujuk/menyuruh hingga mendorong pengunjung untuk mengklik iklan google adsense, contohnya: klik iklan saya, klik iklan, dan sebagainya. Hal tersebut akan menyebabkan akaun adsense anda mendapatkan banned dalam waktu  yang sangat singkat. Untuk menghindari hal ini, berhati-hatilah dalam menempatkan kedudukan kod  adsense anda.

6. Location / Geographic

Google mempunyai aplikasi dan teknologi yang sangat canggih untuk menjejaki pengunjung dari mana mereka berasal. Dengan mengganti alamat IP,sebelum mengklik iklan adsense anda sendiri tidak boleh  menjamin keselamatan kepada akaun google adsense anda .Walaupun google tidak dapat kesan kegiatan klik yang anda lakukan tapi  mereka dapat mengesan dengan cepat  jika hal yang sama terjadi secara berulang-ulang.

7. Auto Traffic

Banyak orang menggunakan khidmat  auto-traffic untuk mendatangkan banyak pengunjung secara automatic  melalui bantuan laman web  tertentu. Umumnya laman web  yang terdaftar didalam rangkaian  auto-traffic  ini akan mendapatkan pengunjung  yang dihasilkan melalui script sistem. Hal tersebut sangat berisiko untuk akaun adsense anda ditutup dalam beberapa hari sahja.

8. Peringkat Search Engine

Salah satu penyebab utama Akaun dsense anda dibatalkan, adalah  disebabkan  anda memiliki laman web  yang masih  baru dengan jumlah pengunjung yang sangat tinggi secara mendadak tanpa teknik SEO yang wajar,  dan laman web  tersebut tersenarai  ditahap 20 teratas  peringkat search engine. Maka robot google akan mencurigai laman web tersebut. Umumnya akan diberi  hukuman berbentuk  deindex (laman web tidak dapat dikesan) di search engine atau lebih teruk Akaun Google Adsense anda ditutup.

9. Google Services
Google memiliki  banyak saluran perkhidmatan  lain seperti Google Mail, Google+, Google Toolbar, Google Earth, Google Talk, Google Sitemap, Blogger, Youtube, Google Chrome dll. Setiap akaun yang melakukan login atau menggunakan  perkhidmatan  tersebut sudah disenarai  dan meninggalkan maklumat  kepada Google mengenai  asal si pengunjung. 

10. Advertiser Conversion

Pemilik laman web akan mendapatkan keuntungan setiap kali pengunjung mengklik iklan mereka yang tertumpu kepada laman yang memasang iklan. Pengunjung akan mengambil masa yang lama berada di laman web iklan tersebut konon beria-ia mahu membeli produk tersebut, hal ini akan menguntungkan si pengiklan. Namun bila peratusan pengklik iklan ternyata berasal dari paparan website pengiklan yang menipu serta dapat meningkatkan CTR, maka laman web  tersebut akan dicurigai oleh Google untuk melakukan ulasan pada website  anda secara manual.









0 comments:

Post a Comment

 

TEMPAHAN GOOGLE ADSENSE Copyright © 2014 | Powered by Blogger