PERKHIDMATAN DITUTUP
 photo popo1_zpsed098b34.jpg
PERKHIDMATAN PEMBUATAN GOOGLE ADSENSE UNTUK MASA INI DITUTUP ATAS SEBAB MASALAH2 TERTENTU

Wajib Diketahui Para Publisher Google Adsense




1. Membuat Blog Dengan Tema yang tidak dikuasai .

Ini adalah kesalahan paling umum. Mereka terlalu terlebih-lebih konsep , high paying keyword hingga akhirnya blog seperti ini tak akan pergi jauh dari dua situasi iaitu si pemilik blog akan menciptakan blog COPAS (Copy paste) atau si pemilik Blog akan mati kutu karena dia mengalami kesukaran dalam mengembangkan Blognya.

Cara yang paling sesuai adalah buatlah blog baru dan jadilah diri anda sendiri bermaksud buatlah Blog dengan tema yang paling anda kuasai sehingga dengan anda boleh mengembangkan blog tanpa kehilangan idea.

Jika anda tetap memiliki Blog yang tidak bersesuaian dengan konsep, maka hindarilah tajuk-tajuk yang diperuntukan bagi orang-orang TI (teknik Informatik) atau orang-orang yang terlibat dalam business Dunia Internet Marketing . Kerana mereka tahu apa itu Adsense dan bagaimana seseorang boleh mendapatkan dollar dari Program Adsense. Jadi kecil kemungkinan terjadinya klik pada Iklan adsense anda .

Oleh itu lebih selamat dan tepat jika anda membuat Blog dengan tema dan topik yang diperlukan untuk kepentingan masyarakat awam dan sasaran utama bukan untuk orang-orang TI dan para pengusaha internet marketing . Contohnya Blog dengan tema seperti " Tips cara menternak Ayam " atau " Panduan mudah memancing" . Dll .

2. Membuat Blog Dengan Traffic Persaingan yang Super Ketat 

Kesalahan ini timbul akibat tidak memiliki perancangan atau tidak memiliki strategi dalam merancang tema blog. Tidak melihat niche dan traffic keyword sehingga blog tercipta dengan kesan 'asal-jadi' . Penyelesaiannya cubalah anda kunjungi beberapa laman web yang memiliki kemampuan mengetahui niche berdasar traffic keyword yg paling banyak dicari orang. Salah satu yang terkenal adalah Wordtracker.

3. Membuat Blog dengan Niche yang buruk

Ini salah satu kesalahan yang paling buruk pada sebuah blog advertising. Bagaimana mungkin anda mengharap traffic pengunjung yang banyak jika blog anda memiliki tema yang tidak diperlukan orang. Blog dengan Niche yang baik akan mendatangkan pengunjung dan memberi keuntungan kepada Blog Adsense anda . Karena Adsense juga akan membayar anda dari segi page impression walaupun mereka tidak mengklik iklan.

4. Tidak pernah dan jarang mengupdate Blog

Semua blogger dan semua webmaster internet marketing yang bergerak dalam bidang apapun memberikan point tersendiri. Blog atau Web yang jarang ataupun tidak pernah di update, bererti anda telah membunuh Web atau Blog anda secara perlahan-lahan. INGAT Blog atau web yang aktif adalah adanya pengunjung dan tidak mungkin pengunjung akan mengunjungi sebuah Blog atau Web yang jarang diupdate oleh pemiliknya.

5. Tidak melakukan Pengoptimuman SEO pada Blog

Inipun termasuk kesalahan yang paling asa. Mempelajari teknik SEO dan bagaimana cara mengoptimasi blog adalah suatu kewajiban yang harus diketahui oleh webmaster apatah lagi sebuah Blog adsense . Dengan mengoptimumkan Blog hingga mendapatkan rangking di search engine bermakna anda sudah melakukan promosi percuma , berkesan dan kekal dalam jangka masa yang panjang.

6. Tidak melakukan Promosi Blog

Diantara kesalahan asas yang lain adalah kurang melakukan promosi blog , terutama di laman-laman social seperti :

a. Laman Social Bookmarking , seperti di DIGG atau TECHNORATI yang mempunyai ahli mencecah ratusan ribu blog atau TOP OF BLOG yang juga memiliki ahli yang cukup banyak, juga BLOG TOP LIST .

b. Laman Social Networking , seperti FACEBOOK yang sudah bertapak di dunia chat atau FRIENDSTERS sejenis Facebook yang tidak pernah kalah dan terlalu popular. Adalah sebuah kerugian besar jika Blog Adsense anda tidak dipopularkan di laman Social Bookmarking atau Networking .

c. Kurang melakukan Submit URL di laman-laman besar seperti Google , Yahoo , MSN , ASK , BING dll atau Mendaftar URL artikel anda di laman-laman yang menyediakan Submit URL Directory .

d. Juga kurang pengunjung ketika anda tidak AKTIF di sebuah Forum dimana FORUM tersebut banyak di lihat dan dikunjungi oleh kebanyakan orang atau sering diulas orang ramai.

e. Anda kurang melakukan Blog Walking iaitu Sebuah kegiatan menjelajahi Blog-blog orang lain yang memiliki traffic yang bagus dan anda tidak meninggalkan BACK LINK diblog tersebut bermakna anda tidak memberikan ulasan dan meninggalkan jejak URL Blog anda disana. Rajinlah memberi ulasan dan buat ulasan yang menarik mungkin dan yang paling penting usahakan ulasan anda selalu berada pada 5 tempat teratas pengulas paling awal.

f. Anda TIDAK mengikuti senarai mail. Ikutilah mail dengan melakukan subscribe dan mail anda mesti disesuaikan dengan tema Blog Adsense anda . Anda haruslah selalu aktif , berikan pendapat , berikan ulasan yang berkualiti , carilah kawan sebanyak mungkin dan buatlah signature anda dengan keterangan Blog adsense anda hingga orang biasa melihat alamat URL blog anda ketika anda aktif bersembang di mail tersebut.


g. Disamping Promosi secara Online , sebuah blog adsense yang ingin berjaya pun harus melakukan Promosi secara Offline. Diantaranya yang boleh anda lakukan seperti memasang stiker dibelakang kereta anda atau membuat t-shirt dengan tema nama blog anda atau selalu meninggalkan kertas coretan nama blog adsense anda ketika anda meninggalkan kedai internet atau buatlah signature di SMS anda dengan blog adsense anda atau up-loadlah sebanyak mungkin gambar-gambar yang menarik dengan memaparkan nama blog adsense anda sehingga orang sering melihat blog anda walau berada dimana pun . Jika perlu tampal lah ditiap-tiap bahagian dalam pintu tandas awam di Mall atau di Kampus dengan blog adsense anda .

0 comments:

Post a Comment

 

TEMPAHAN GOOGLE ADSENSE Copyright © 2014 | Powered by Blogger